CADANGAN KERTAS KERJA UJIAN SEGAK SKBT


CADANGAN KERTAS KERJA UJIAN SEGAK,
SK BATU TALAM,
TAHUN 2018

ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN JADMANI DAN KESIHATAN


1.0              NAMA PROGRAM

Ujian SEGAK, Tahun 2018

2.0              ANJURAN

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, SK Batu Talam.

3.0              KELOLAAN BERSAMA
Panitia Pendidikan Jasmani, Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum SK Batu Talam, Raub.

4.0              PENDAHULUAN

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu ‘Naik turun bangku’, ‘Tekan tubi’, ‘Ringkuk Tubi Separa’ dan ‘Jangkauan Melunjur’.

5.0              TEMA:

“Sihat Bersama-Sama”

6.0              MATLAMAT

6.1              Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
6.2              Pemudah cara guru untuk mengisi matlamat dalam PAJSK.

7.0              OBJEKTIF

7.1              Mengukur dan merekod tahap kecergasan fizikal kendiri.
7.2              Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri.
7.3              Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri.
7.4              Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
7.5              Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

8.0              BUTIRAN PROGRAM

8.1              Tarikh             : 6 Mac 2018 hingga 7 Mac 2018
8.2              Hari                 : Selasa hingga Rabu
8.3              Masa                : 8.00 pagi hingga 1.35 petang
8.4              Tempat            : Tapak Perhimpunan, SK Batu Talam, Raub


9.0              SASARAN PENYERTAAN

Semua murid Tahun 4, 5 dan 6.


10.0          KOMPONEN KECERGASAN

Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu:

a.       Komposisi Badan
b.      Daya Tahan Kardiovaskular
c.       Daya Tahan Otot
d.      Kekuatan Otot
e.       Kelenturan


11.0          ITEM BATERI UJIAN

a.       Indeks Jisim Badan
b.      Jangkauan Melunjur
c.       Tekan Tubi
d.      Ringkuk Tubi Separa
e.       Naik Turun Bangku


12.0          PELAN TINDAKAN

Bil
Perkara
Tarikh pelaksanaan
Catatan
1
Kertas kerja dibuat


2
Mesyuarat bersama guru dan ahli Panitia PJ


4
Pelaksanaan ujian SEGAK oleh Panitia PJ


5
Postmortem


6
Penyediaan laporan & dokumentasi





13.0          JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat
: Puan Yuhana binti Mihat (Guru Besar, SK Batu Talam)
Pengerusi
: Puan S.Aneeta bt Salehuddin (Penolong Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi 1
: Encik Junaidi (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2
: Puan Fazilah bt Abdul Latif (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha
: Puan Amanina Izzati bt Sabri (Ketua Panitia PJ)
Bendahari
: Encik Abdul Rani b Ruhi
AJK
: Encik Mohd Nizam b Zulkifli

: Puan Norazlina bt Rosdzi

: Puan Rozniza bt Razali



14.0          JAWATANKUASA KERJA

Bil
Jawatankuasa
Ketua
Bidang tugas
1
Penyelaras
Puan Amanina Izzati bt Sabri (Ketua Panitia PJ)
-          Menyelaras stesen-stesen ujian SEGAK.
2
Pengurus teknikal
Encik Abdul Rani b Ruhi
-          Memastikan peralatan teknikal dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
3
Persiapan Tempat & Alatan
Semua guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani


-          Menyediakan alatan.
-          Memastikan alatan mencukupi.
-          Memastikan alatan yang dipinjam dan dipulangkan mencukupi.
4
Fotografi
Puan Norazlina bt Rosdzi
-          Mengambil gambar setiap stesen ujian SEGAK untuk dokumentasi dan laporan.
5
Senamrobik/ Memanaskan Badan

Puan Rozniza bt Razali
-          Memastikan murid melakukan warming up sebelum melakukan ujian SEGAK.
6
Ukur tinggi & berat
Puan S.Aneeta bt Salehuddin
-          Menyediakan peralatan lebih awal.
-          Mencatat ukuran tinggi & berat murid dalam borang yang disediakan.
7
Jangkauan melunjur
Encik Junaidi
-          Menyediakan peralatan lebih awal.
-          Menunjukkan demostrasi kepada murid.
-          Mencatat jarak yang dibuat oleh murid dalam borang yang disediakan.
8
Tekan tubi
Puan Fazilah bt Abdul Latif
-          Menunjukkan demostrasi kepada murid.
-          Mencatat kiraan yang telah dibuat dalam borang yang disediakan.
9
Ringkuk  tubi separa
Encik Mohd Nizam b Zulkifli

-          Menunjukkan demostrasi kepada murid.
-          Mencatat kiraan yang telah dibuat dalam borang yang disediakan.
10
Naik turun bangku
Encik Abdul Rani b Ruhi
-          Menunjukkan demostrasi kepada murid.
-          Memastikan peralatan yang diperlukan disediakan lebih awal.
-          Mengambil catatan kiraan nadi setiap murid.
11
Pencatat statistik
Puan Amanina Izzati bt Sabri
-          Mengumpulkan borang maklumat murid yang telah diisi.
-          Merekod data yang dikumpulkan.
-          Membuat analisis data yang dieperolehi.


15.0          JADUAL UJIAN SEGAK

( 27.03.2017 ) hingga ( 29.03.2017 )
Masa
Aktiviti
7.45 pagi – 8.00 pagi
Murid berkumpul di tapak perhimpunan. 
  1. Senamrobik/memanaskan badan
  2. Taklimat kepada murid.
  3. Borang skor murid diedarkan.

8.00 pagi – 9.50 pagi
       1.   Ukur tinggi & berat.
       2.    Naik turun bangku
       3.   Tekan tubi
  1. Ringkuk tubi separa
  2.  Jangkauan melunjur
10.15 pagi  -  10.35 pagi
R E H A T




16.0          PELAKSANAAN PROGRAM

Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut :

1.      Indeks Jisim Badan ( BMI )
2.      Jangkauan melunjur
3.      Tekan tubi ( 1 minit )
4.      Ringkuk tubi separa ( 1 minit )
5.      Naik turun bangku ( 3 minit )
Persediaan: Murid mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani ujian. (Rujuk Lampiran B)

KESELAMATAN
1.      Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika:
a.       Disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal.
b.      Mengidap penyakit kronik
c.       Tidak sihat pada waktu ujian.
d.      Memiliki kad OKU
2.      Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3.      Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4.      Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5.      Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6.      Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

PELAPORAN

1.      Murid perlu merekod hasil ujian mereka.
2.      Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.
3.      Guru melaporkan hasil ujian.

17.0          SENARAI ALATAN

BATERI UJIAN
ALATAN
Ukuran Antropometrik ( BMI )
Penimbang berat dan pengukur ketinggian.
Jangkauan melunjur
Alat pengukur jangkauan
Tekan tubi
Tilam gimnastik
Ringkuk tubi separa
Pita pelekat
Pita ukur
Pelapik getah
Metronome atau rakaman ( 50 detik )
Naik turun bangku
Bangku -  ketinggian 30.5 cm ( 1 kaki )
Jam randik
Borang skor
Pembesar suara
Metronome atau rakaman ( 96 detik )
18.0          ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada

19.0          BORANG SKOR
                                                               
Rujuk Lampiran A

20.0          PENUTUP
Semoga aktiviti seperti ini dapat memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan kecergasan dan kesihatan tubuh badan. Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.


Sekian, terima kasih.



”SIHAT BERSAMA-SAMA”


Disediakan oleh :                                                        Disemak oleh :


(AMANINA IZZATI BT SABRI)                                                   




Lampiran A



STENSEN 1:

Ujian Indeks Jisim Badan

Nama ujian
:
Indeks Jisim Badan (BMI)
Tujuan
:
Menilai komposisi badan
Jantina
:
Lelaki & Perempuan
Alatan dan kemudahan
:
1.      Pengukur tinggi
2.      Penimbang berat
3.      Borang skor
Pengurusan dan organisasi
:
Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.
Prosedur
:
1.      Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.
2.      Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

Indeks Jisim Badan  =         Berat badan (kg)
                                       Tinggi (m) x  Tinggi (m)


3.      Rujuk jadual dibawah untuk mengenal pasti komposisi badan.


Lelaki

Umur (Tahun)
Kurang berat
Normal
Berisiko Berat Berlebihan
Berat berlebihan
9
<14.0
14.0  -  18.6
>18.6  -  21.0
>21.0
10
<14.2
14.2  -  19.4
>19.4  -  22.2
>22.2
11
<14.6
14.6  -  20.2
>20.2  -  23.2
>23.2
12
<15.0
15.0  -  21.0
>21.0  -  24.2
>24.2
13
<15.4
15.4  -  21.8
>21.8  -  25.2
>25.2
14
<16.0
16.0  -  22.6
>22.6  -  26.0
>26.0
15
<16.6
16.6  -  23.4
>23.4  -  26.8
>26.8
16
<17.2
17.2  -  24.2
>24.2  -  27.6
>27.6
17
<17.8
17.8  -  24.8
>24.8  -  28.2
>28.2






Perempuan

Umur (Tahun)
Kurang berat
Normal
Berisiko Berat Berlebihan
Berat berlebihan
9
<14.8
14.8  -  19.2
>19.2  -  21.8
>21.8
10
<14.0
14.0  -  19.9
>19.9  -  22.9
>22.9
11
<14.4
14.4  -  20.8
>20.8  -  24.0
>24.0
12
<14.8
14.8  -  21.6
>21.6  -  25.2
>25.2
13
<15.3
15.3  -  22.5
>22.5  -  26.2
>26.2
14
<15.8
15.8  -  23.2
>23.2  -  27.2
>27.2
15
<16.3
16.3  -  24.0
>24.0  -  28.0
>28.0
16
<16.8
16.8  -  24.5
>24.5  -  28.8
>28.8
17
<17.3
17.3  -  25.2
>25.2  -  29.6
>29.6


STESEN 2:


Nama ujian
:
Jangkauan Melunjur
Tujuan
:
Mengukur fleksibiliti
Jantina
:
Lelaki & Perempuan
Alatan
:
1.      Alat pengukur jangkauan.
2.      Borang skor.
Pengurusan dan organisasi
:
Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Prosedur
:
1.      Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletakkan di belakang penanda 23 cm.
2.      Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
3.      Tapak tangan kanan ditindih diatas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.
4.      Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
5.      Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa penyentap.
6.      Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
7.      Murid yang membantu memegang lutut pelaku tetapi tidak menganggu pelaku.



STESEN 3:


Nama ujian
:
Ujian tekan tubi
Tujuan
:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Jantina
:
Lelaki
Alatan dan kemudahan
:
1.      Kawasan lapang dan rata.
2.      Jam randik
3.      Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar )
Pengurusan dan organisasi
:
1.      Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2.      Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
Prosedur
:
1.      Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2.      Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
3.      Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4.      Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya meneruskannya.
5.      Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6.      Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan murid A.




Nama ujian
:
Ujian tekan tubi suaian
Tujuan
:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Jantina
:
Perempuan
Alatan dan kemudahan
:
1.      Kawasan lapang dna rata.
2.      Jam randik.
3.      Span ( 5 cm tingi x 15 cm panjang x 10 cm lebar )
Pengurusan dan organisasi
:
1.      Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2.      Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
Prosedur
:
1.      Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2.      Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
3.      Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4.      Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya meneruskannya.
5.      Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6.      Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan murid A.


   STESEN 3:

Nama ujian
:
Ringkuk tubi separa (partial curl-up)
Tujuan
:
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Jantina
:
Lelaki & Perempuan
Alatan dan kemudahan
:
1.      Pita lekat bersaiz 2.5 cm
2.      Pita ukur
3.      Jam randik
Pengurusan dan organisasi
:
Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.
Prosedur
:
1.      Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.
2.      Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.
3.      Buka kaki seluas bahu.
4.      Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama.
5.      Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagan luar pelekat kedua.
6.      Bahagian bawah/ belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7.      Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit.
8.      Murid B mengira ulangan perlakuan.
9.      Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A:
9.1  Berasa tidak selesa.
9.2  Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.
9.3  Tumit diangkat.
Panduan guru
:
Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:
1.      Bahagian bawah / belakang tidak menyentuh lantai.
2.      Tumit diangkat.
3.      Badan / bahu senget.
4.      Punggung terangkat.
5.      Lutut tidak bersudut 90 darjah ( tegak).






    STESEN 4:




Nama ujian
:
Naik turun bangku
Tujuan
:
Menilai daya tahan kardiovaskular
Jantina
:
Lelaki & Perempuan
Alatan dan kemudahan
:
1.      Bangku – 30.5 cm
2.      Jam randik
3.      Borang skor
4.      Rakaman atau metronome
Pengurusan dan organisasi
:
1.      Aktiviti dijalankan berpasangan.
2.      Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat. (Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.)
3.      Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.
Prosedur
:
1.      Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
2.      Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas bangku.
3.      Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
4.      Murid melakukan pergerakan naik dan turun ( kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya).
5.      Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
6.      Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7.      Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh guru. Kadar nadi diambil dalam jangka masa 1 minit.
8.      Jika murid tidak menamatkan lakuan selamat 3 minit skor murid ini dibatalkan.

SENARAI ALATAN

BIL
ALATAN
BILANGAN
CATATAN
1
Pengukur Tinggi
1

2
Penimbang Berat
1

3
Metronome 90 beats
1
Guna rakaman jika tidak ada
4
Metronome 50 beats
1
Guna rakaman jika tidak ada
5
Jam randik
3

6
Bangku (tinggi 30.5 cm)
2

7
Tilam Tekan Tubi
1

8
Tilam Sit up
1

9
Pita Ukur
1

10
Borang uji segak
46 set

11
Span (5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar)
4

12
Alat pengukur jangkauan
1















PELAN PELAKSANAAN


E
 
D
 
C
 
B
 
A
 
Text Box: MEJA URUSETIA
TAPAK PERHIMPUNAN
 
 








PETUNJUK :
A = UKURAN INDEKS JISIM BADAN
B = JANGKAUAN MELUNJUR
C = TEKAN TUBI
D = RINGKUK TUBI SEPARA
E = NAIK TURUN BANGKU


Share: