Tuesday, September 11, 2012

Al-fatihah buat allayarham Haji Nata

''Kun faya kun ''
Allah telah berkata, jadilah, maka jadilah ia.

Beberapa hari yang lepas, seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
iaitu
Tuan Haji Mohd Nata telah dimasukkan ke ICU kerana serangan strok
.
.
.
Malam tadi ketika keramaian membuat sambutan hari raya peringkat jabatan Pendidikan Jasmani
Kami dikejutkan dengan berita :

'' Assalamualaikum para pensyarah dan rakan-rakan sekalian, baru 5 minit yang lalu Tuan Haji Nata telah kembali kepada-Nya. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat sejenak." Kata Amirulhadi.

Marilah sama-sama sahabat-sahabat blogger yang budiman, sesiapa yang menjengan ke blog saya. Tolonglah sedekahkan Al-fatihah buat allayarham.
Beliau seorang pendidik yang baik, berusaha meningkatkan taraf pendidikan orang asli di pedalaman.
Beliau orang yang banyak ilmu.
Masihkan ada seorang pendidik yang akan berusaha seperti beliau?

Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

-Al-fatihah-


tidak habis saya mengupdate blog ini, satu lagi berita kematian saya perolehi dari junior saya
Ayahnya Fatim telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi
Beliau sama-sama di wad ICu berdekatan arwah Tuan Haji Nata.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-fatihah
sabarlah dik Fatim, akak merasa kehilangan ayahanda tersayang
Jika anda ketahui arwah ayah memang terlantar sakit agak memedihkan kerana kita melihat penderitaannya
Tapi bagi akak, arwah papa akak yang meninggal buka menghidapi penyakit
sungguh terkejut dengan berita kematiannya
Tabahlah wahai adikku, semoga Allah melindungimu walau apa pun yang terjadi
Allah sentiasa ada buat kita
Menjadi anak sulung memang perit. 
Semoga dik Fatim tabahkan hati.
Wallahualam.


Monday, September 10, 2012

About october

Hey ! hey ! hey ! 
 next month my timetable full of activities
 2nd of October 2012 start with viva at Majlis Guru Ugama, Kota Bharu
Hope everything will come smoothly

2nd of October 2012 at 8 pm, my class went to Kuala Lumpur for sports injury project
3 days there. Program at Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara and Muzium Anatomi HUKM
for the last day there, would like to make a interaction with student Physical Education at Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
I will be there from 2-5th of October 2012

Then, settle up with action research on 10th of October 2012
Full AR and need to put the cover on it.

After going back from KL, really busy to submit the Sports Injury assignment
Then, 12th of October 2012 flight to Kota Kinabalu
May be spent 5 days at Sabah
Insyaallah

After back from there, on 19th of October 2012 dinner batch PISMP Jan 2009

Then, will continue with KISSM around 20 something. I forgot the date. It's such a busy month for me.
huh ! But this busy months will end with succesfull things. Wallah !!!

Thursday, September 6, 2012

Raya di IPG KKB

Hye ! Hye ! Bye ! Bye ! 
Ops ! Don't forget to say Assalamualaikum everyone !

5th of September 2012
Eid celebration at Ipg Kampus Kota Bharu
Just snap a few picture only from my phone
Last celebration at campus will be a last moment celebration there
Ok guys ! not my boyfriend okay. This is my brother. We are twin. hehe~~
Not like a biological brother. 
But, he always beside me when I have any problem or what ever. Thanks bro for your kindness. 
Really appreciate it =)
Hope my twin will get married before me. hik3x. Then, he will come to my marriage with Cik Elly.
Okay my twin? 

Friends. Lot's of memories written. Thanks for a wonderful life here. Being a good friend for me. Sometime, we fight for few things. But we still friend until now. 
Who will get married?
Wan, Bi or Cik Umai?
Guesssing....

Fatin and Fida. Capital 'F'
Nothing to say, I lost my idea.
But, both of you always my BFF.
Hope you guys will patient will my attitude.
Sometime, hard to catch. Because I have a good or bad mood. 
Fatin just engaged with her beloved Sayuti.
Sorry, I can't attend you e-day my dear friend. 
For your wedding, Insyaallah I will.
Fida, of you want to get married, don't forget to tell me. 
hihihi~~


 | p/s : okay, a few picture only. |

Saturday, September 1, 2012

Raya 2012 ^___^

Assalamualaikum and salam sejahtera guys !
What do you wear for Hari Raya?
Of course gorgeous, macho, handsome, cute, what ever la kan =P

Inilah raya pertama saya, tahun ni tak sempat nak smebahyang raya
Kalau balik kampung satu lagi mmenag sempat pergi sembahyang raya
Bila duduk kat Sg Koyan tak sempat sebab semua benda nak kena uruskan
 Tapi kerja saya memang mengemas rumah sagaja la

Orange is the theme of the day
adik, de, hani and me

This is cousins, aunt, mum, siblings and me

ateh, hani and me again

ni la baby ngan fav cousin dia

2nd syawal
just beraya rumah saudara-mara sebelah arwah, adik-beradik arwah
kawan mama and arwah kat Kechau
anak bongsu kawan mama meninggal dunia sebulan sebelum raya

still use the same theme, orange. for me la.

this is alia with her cousin (alia maisara) and niece (qaseh irsarlina)

3rd syawal 
spent time with family
bbq time at teratak bonda, Sg. Koyan 1

sangat syok bila ber'bbq' dengan family
bbq kambing and lembu
bbq ayam 

4th syawal
attend e-day my schoolmate and open house with primary school friend
e-day shafa and zaki
a few of with my primary school friend.

5th syawal
open house Rumah Cik Qoma

open house rumah Cik Keah

6th syawal
along and her son
spent time raya keenam bawak mama beraya even saya tak berapa sihat

7th syawal
wedding kak ana and wahab
congratulation sis, hope till jannah

open house rumah Ijan, Quaters Polis Raub
sanggup redah jem kar Raub demimu Ijan. hihihi


Okay ! Enough untuk beraya di kampung dan 7 hari berturut-turut beraya. 
Sakan betul ! 

Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua ^___^
















Raya tanpa kehadiran papa

Alhamdulillah
Selesai menyambut bulan Ramadhan kali ini, syawal disambut penuh gembira
Walau tanpa papa, raya kami tetap disambut
Walau ada sekelumit kekosongan, ia tetap terisi dengan ahli keluarga kedua pihak
Raya tahun ini walau tanpa arwah papa, ada sedikit kelainan kerana tidak bersalam memohon ampun dan maaf
Tapi, angah tetap rasa nak mohon ampun dan maaf buat arwah jika angah ada melakukan apa-apa kesalahan, terkasar bahasa dengan papa atau mengguris hati papa
Maaf andai angah ada merungsingkan papa, maaf jika angah ada mendesar papa
Maaf andai angah bukan seorang anak yang baik, maaf andai angah tak sempat nak banggakan papa
Maaf sebab angah kadang kala buat papa rungsing
Angah ingat lagi masa angah duduk kat campus, kat kelantan ni
Kalau angah call papa, mesti nak menangis
Kenapa kalau dengan papa air mata angah cepat sangat menitis? 


Ayat-ayat yang selalu papa katakan ketika berbual dengan saya :'(

" Kakak cukup duit tak?''
'' Papa tak sempat nak bank in, papa busy sikit. Ada seminar, ada meeting."
'' Papa dan bank in duit, papa dan masukkan topup sekali."

Terima kasih papa kerana banyak berkorban untuk angah, banyak penuhi permintaan angah. 
Sayang papa selamanya.

Angah tak menangis semasa angah ziarah kubur papa, Ya, angah belajar untuk jadi kuat. Sekuat semangat papa. Seumur hidup angah, angah tak pernah lihat papa menangis. Serius, sekalipun angah tak pernah lihat. Papa seorang yang sabar, papa tak mudah melenting tak tentu pasal. Papa susah nak pukul anak-anak. Papa seorang yang penyayang, adik manja dengan papa. Baby atau ateh suka ikut papa ke mana-mana. Kata papa, salah seorang jadi cawi papa. Entah betul entah tidak apa yang dimaksudkan dengan cawi tuh. Apa yang angah faham papa nak maksudkan bodyguard papa atau pengikut la tuh. 

Teringat masa hayat papa, papa sayangkan Boboi. Kucing yang amat keluarga kami sayangi. Papa suka main dengan Boboi. Bila papa balik kerja/ rehat tengahari, papa mandikan Boboi kalau papa rasa Boboi bau busuk. hihihi~~ Papa rajin layan Boboi. 

Papa suka tergelak dengan gelagat ateh, suka loyar buruk. Papa dah faham sangat dengan ateh. Ada aje menda dia nak cakap. kadang-kadang ateh menceriakan suasana.

Anak lelaki papa yang seterusnya, Baby ni memang tak suka makan buah. Nama dia paling pendek Adam bin Sabri. Very simple je namanya. Masa baby lahir mama gilakan tengok cerita Adam Hariz, papa dengan lurus bentul letak je nama Adam sahaja. Apa-apa je la papa. Papa kalau anak dia yang sorang ni, faham sangat memang tak suka makan buah, Orang lain yang sentuh buah jangan berani dekat dengan dia. Nak suruh dia pegang buah tu jangan harap la. Kalau ada family teringin nak makan durian, kalau dia ada dalam kereta memang papa tak akan berhenti. Sebab baby memang tak suka buah. Sabar je la. Layankan sa la perangai penakut buah baby tuh.

Adik yang paling manja dengan papa, si bongsu yang manja. Tiada dia, mama tak ceria. Adik penyeri keluarga. Angah sedoh snagat bila adik akan cakap
'' Papa, semua tak sayang adik. Semua orang marah adik."

Mula la air mata angah terus mengalir, kadang-kadang teresak-esak. Angah tak boleh tengok adik menangis. Sebab angah turut sedih walau angah kuat sekalipun.

Itulah adik, tetap manja dan kuat merajuk. Walau bagaimanpun adik tetap kesayangan angah. 

Along, walaupun bukan anak kandung papa tetap dianggap sedarah sedaging. Kami berlainan bapa, tetapi mama kami sama. Itulah Along. Keluarga sebelah arwah papa tak pernah anggap Along orang luar. terima seadanya. 

Papa gembira dengan keliharan cucunya sebab papa dah jadi 'tok pa'. Rajin papa ulit cucu petang-petang, sajikan dengan bacaan al-quran dan zikir di telinga cucu setiap hari. Zaim cucu tok pa. Papa pernah cakap dekat bapak sister in law, '' Biarlah sebulan ni kami jaga Sue dulu."

Ya ! sebulan lepas kakak ipar bersalin, papa pergi menghadap ilahi

Termakbul niat arwah nak tengok cucu.

Last angah jumpa papa masa balik lepas raya haji. bebrapa hari lepas raya hajia ngah dah balik Kelantan.
Exam nak dekat, perlulah balik. Papa sempat teman angah potong rambut. Last angah potong rambut. Sekarang, angah simpan je rambut panjang balik. Sebab arwah papa suka ngah rambut panjang kan =) 

Even raya haji tak balik kampung, sepupu-sepupu yang lama tak jumpa arwah datang beraya kat rumah. Angah ingat, wan datang beraya kat Jengka. Even wan bertongkat, gaghkan diri jugak datang beraya kat teratak kami di Jengka. Papa gembira sangat. Masa wan nak balik, papa peluk wan erat. Bila papa tiada baru aku sedar, itulah kali terakhir papa jumpa ibunya. Jarang tengok papa peluk wan sebegitu erat. Slam peluk cium bagai. Bila papa dan tak ada, baru sedar semua itu.

Itulah papaku yang tersayang. Sayangilah ibu bapa atau sesiapa sahaja sebelum mereka meniggalkan anda. Jika Allah mengatakan kunfayakun. jadilah, maka jadilah. Kita tak boleh menolok qada dan qadar. Dialah penentu segalanya.

Angah sentiasa teringat senyuman papa even papa nak disemadikan, sebelum papa dikafankan, selepas papa dimandikan. Angah cium dahi papa. Papa senyum dekat angah. 

Al-fatihah buat arwah papa, abah, pak teh, moyang, kak shida, mak ngah, aki. 
Buat mereka yang telah pergi selamanya. 



Under construction !


My page is under construction now.
Sorry, a few data and follower have been remove
Cause I change from dynamic view
Any body would like to follow my blog it's up to you


Ok, thanks !