Saturday, November 26, 2011

adik saya demam

Assalamualaikum.
Sudah beberapa minggu saya tidak menulis.
Hari ni pagi-pagi lagi adik saya si Azwaliza muntah-muntah
Mula-mula tersedar awal pagi, si kecil Zaim tidak tidur
berjaga la sebentar untuk bermain dengan SI Kecil Zaim
Matanya bulat, Along berjaga melayannya
Padan muka ! kih3x. Then mama ambil giliran nak jaga Si Kecil Zaim
Mak Su and Mak Ngah tak ketinggalan jugak
pukul 4 lebih lagi tersedar kehadira Si Kecil di sisi kami
Geram betul, orang lain sibuk beradu lagi
Si Kecil ni memang favaorote dia berjaga pagi-pagi. hihihi
Eh ! tak marahlah, biasa la bayi ni
Mama cakap mohon-mohon tak jadi macam bapaknya sewaktu kecil
menanggis sahaja
dari siang sampai malam
-AMIN-
erm...adik saya Si Azwaliza demam
mama buzy nak sidai kain baju
pukul 11 lebih barulah gerak ke Bandar Pusat nak bawa adik saya ke klinik Sulaiman
Alhamdulillah, demamnya tidaklah teruk sangat
Tapi dia mengalami sakit perut, muntah-muntah dan pening kepala
kesan sampingan ketika demam
yang nak jadi marah sikit ni, ada ke mintak vitami tablet cap APPETON
pekerja kat situ bagi multivitamin yang cecair punya
adush ! tak biasa ambil multivitamin yang tu
adik-adik saya biasa ambil vitamin tablet je
Hurm..dah bayar pun !
Hopefully adik will recover soon
Kalau tidak, semalam adik nak ikut my uncle a.k.a Papa Tam balik Lipis
mama memang berkeras tak bagi ikut
takut dia nak balik semula
Ternyata hari ni dia demam
kalau mama tak ada di sisi, memnag payah la adik tu.
telefon Abah Domey juga.
menumpang kasih pada pak cik-pak cik sedara je sekarang ni.
Alhamdulillah, my uncle semua angap kami lebih kurang
macam anak sendiri juga
Syukur sangat !
Tanpa papa bersama kami.
My uncle semua dah cakap, kalau perlu apa-apa, just tell them
Even adik-beradik arwah papa or adik-beradik mama :)
Syukur sangat mempunyai keluarga sebegini. Thanks all ! 



Monday, November 14, 2011

tinta buat arwah papa

papa, bila detik bumi masih berputar pada paksinya
kau telah pergi tanpa pamitan
papa, kau pergi tika aku perlu berjuang untuk terus hidup
kau pergi tika aku perlu menyandang satu tanggung jawab baru
kau pergi meninggalkan satu ujian besar bagiku
kerna takdir peentu segala
bukan satu nyanyian, tapi satu kenyataan
kenyataan di mana kau terus pergi tanpa kembali lagi

walau detik ini, aku cuba menjadi kuat
walau detik ini, aku masih boleh tersenyum
walau detik ini, aku dapat meneruskan hidup

kerna doa kudusku sentiasa ada bersamamu
kerna wajahmu sering terdampar di retinaku
kerna semangatmu sentiasa ada bersamaku
kerna aku menjadi penyambung tugasmu

walau aku masih bisa tersenyum waktu ini
bukan kerna aku melupakanmu
kerna aku tidak mahu menangis atas pemergianmu
bukan kerna aku tidak bersedih
ia kerna aku perlu kuat demi keluargaku
aku perlu kuat demi mamaku
aku juga perlu kuat demi adik-adikku

waktu ini aku berjuang dalam peperiksaan akhir
aku cuba melakukan demimu papa
mahukan aku terus bersemangat dalam hidup
aku berjanji
suatu hari nanti, aku akan memang segulung ijazah
bersemadilah dengan tenang wahai papaku sayang
aku sentiasa mendoakanmu
aku sentiasa mengingatimu
aku sentiasa akan mendampingimu dengan doaku
insyaallah, demimu papa

-al-fatihah-


Sunday, November 13, 2011

Kehilangan papa tercinta

Assalamualaikum
Pada tanggal 11.11.11
ramainya orang sibuk nak pilih tarikh ni
nak buat kenduri, as conclusion tarikh yang bermakna buat mereka
How about me?
Pada tanggal 11.11.11 inilah papa meninggalkan kami sekeluarga
Entah kenapa saya nak meluahkan di sini
Mungkin lepas saya meluahkan di sini
Saya akan lebih rasa tidak terbeban dengan perasaan sedih
Walaupun papa telah pergi menghadap ilahi, saya perlu tabah
memang saya dah buat satu tekad
saya tak mahu dilihat meratap pemergian papa
Saya perlu kuat !
Saya perlu kuat untuk mama dan adik-adik
sebagai anak sulung arwah papa
Even saya masih mempunyai Along, kami berlainan bapa
tapi, Along cuma tidak satu darah, tapi dialah abang yang arwah anggap sebagai anak sendiri
yang dijaga papa dari usianya 2 tahun
Kami sama ibu, tetapi berlainan bapa
.
.
Ya Allah, kau kuatkan semangatku
.
.
Macam mana papa pergi meninggalkan kami?

Pada petang itu, arwah pergi bermain bola sepak
Ada pertandingan kata mama.
Apabila sampai di rumah, arwah papa berehat di ruang tamu sebentar
Muka arwah dah kelihatan pucat
Tapi papa gagahkan diri untuk mandi dan solat maghrib
Setelah siap solat maghrib, arwah berehat dalam bilik tidur 

Ketika arwah macam sesak nafas, adik menjerit memanggil mama di dapur
3 mata tangga adik melompat turun ke dapur
Mama terus bergegas ke arah papa
Papa sukar bernafas
Mama tanya papa nak ke klinik atau tidak
Tapi papa memang tak mahu ke klinik
mama sempat sediakan air susu dan diberi kepada papa
Lepas tu, papa tak sedarkan diri

mama mohon bantuan jiran-jiran untuk bawa papa ke Hospital Jengka
Tapi ajal papa dah tiba, papa meninggal dalam perjalanan ke hospital
.
.
Ya Allah, kau telah ambil nyawa papaku
Kau telah ambil orang yang amat aku sayang di dunia ini
Kau telah ambil darah dagingku
Kau telah ambil tunjang keluargaku
Walaupun engkau mengambil apa yang berharga bagiku
Aku redha dengan ketentuan-Mu ini Ya Allah
Sesunggunya yang hidup pasti menemui mati
Hanya pada-Mu aku berdoa
agar kau tempatkan arwah papaku di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Amin...
.
.
Ya Allah, kenapa saya nampak papa sentiasa senyum?
Sepanjang saya sampai
Saya lihat jenazah senyum pada saya
Saya dapat kucup papa
Sejuk sangat apabila saya kucup dahi papa
''Angah redha pa, Angah relakan pemergian papa.''

Tapi, walau sekuat manapun Angah, air mata ini tetap mahu mengalir
Angah tak mahu papa turut rasa sedih sebab angah menangis
Angah cuba pikul tanggungjwab baru
Angah anak sulung papa
Angah cuma risau adik tercari-cari papa kemudian hari
Adik rapat dengan arwah papa
Itu yang buat angah merasa sedih
Macam mana adik, baby, ateh?
Angah tak kisah pasal Along dan Amir
anak lelaki papa yang tu kuat
Mereka bagi semangat kat Angah
Jadi Angah jugak kena kuat
Angah tengak wajah arwah papa tenang je
Papa tersenyum
dari Angah lihat jasad papa terkaku tak bernyawa
Riak muka papa tersenyum je 
Lepas papa dimandikan, papa dikafankan, bibir papa tersenyum juga
Ketika papa dimasukkan ke liang lahad
papa tersenyum juga
Jadi Angah tahu, papa tak mahu kami semua sedih
Papa nak Angah jaga Mama dan adik-adik
Insyaallah Angah akan buktikan Angah boleh bantu Mama
Sebab keluarga yang lain ada di sekeliling kami
Semua bagi angah kekuatan, bagi angah semangat
Angah pun dah bertekad
Angah tak nak sedih
Angah hanya mampu berdoa buat papa
.
.
-Raya terakhir arwah papa-
Raya haji tahun ini merupakan raya terakhir arwah papa
Even tak balik kampung, papa dapat jumpa wan (mak papa)
wan beraya kat rumah kami di Jengka 3
itulah kali terakhir sebelum arwah meninggal dunia
ahli keluarga lain ada jugak singgah beraya di rumah kami
saya pun melanjutkan cuti dari cuti Deepavali ke raya haji
papa sanggup pergi beli 5 batang lemang, jauh papa pergi cari
sebab papa suka makan lemang
Alhamdulillah, murah rezeki papa
Wan bawak lemang dan dodol dari kampung
papa makan berselera sekali
sebab yang tu juadah fav papa ketika raya
.
.
-papa sempat menjadi datuk-
tok pa adalah gelaran buat papa
tanggal 5.10.2011
papa bertukar gelaran
cucu sulung keluarga kami selamat dilahirkan
Muhammad Zaim bin Mohd Zam-zam Zailazye namanya
sebelum papa meninggal, arwah selalu bawak Zaim keliling rumah
jalan-jalan menghidup udara di luar rumah
Memang tabiat papa ketika anak-anak mash kecil begitu
Papa selalu kendong dan bawa jalan-jalan di luar rumah
.
.
-kali terakhir berbual dengan papa-
kali terakhir saya berbual dengan papa 
pada malam papa hantar ke stesen bandar Pusat
itu kali terakhir saya berbual dengan arwah papa
tapi walaupun saya call mama di rumah tiap hari setelah saya kembali ke rumah sewa
saya hanya berbual kosong
saya cuma tanya keadaan di rumah
tapi, tidak terdetik untuk berbual dengan papa melalui telefon
saya hanya bercakap dengan mama je
.
.
acute cardiorespiratory...
penyebab papa pergi meninggalkan kami
.
.
berat dugaan ini, esok Angah nak menduduki final examination bagi sem ni
tapi semua ahli keluarga, rakan-rakan arwah, family saya sendiri, kawan-kawan saya
terima kasih kerana memberikan bahu untuk saya menangis
kekuatan yang semua berikan kepada saya yang membuatkan saya kuat
yang pergi tetap akan pergi
kita yang hidup pasti kembali kepadanya jua suatu hari nanti
al-fatihah buat arwah papa
semoga papa ditempatkan di antara orang-orang yang beriman dan beramal soleh












Thursday, November 10, 2011

#nickname

Assalamualaikum semua !

Pada tanggal 11.11.11 ni, i nak berkonsi pasal nickname la pulak
Of course you all semua ada nickname kan.

First of all, I nak cerita pasal diri I dululah
My name is Amanina Izzati
My grandfather called me Neene
Nama timangan buat cucu-cucu sejak lahir kan
Only my late grandfather called me like that
Then, my relative called me Nina, Angah Nina, Neene, Kak Ngah, Akak
By the way, since I'm young
I am talkative person
So, I have a special name
My uncles called me _ _ _ _ _
hahaha...sorry, I don't want to tell about my secret name 
shy about it. la3x
But, when I'm at primary and secondary school, my friends called me Ama
Cause my name too long
It's become more shorter than Amanina right?
So, Haliza started call me Ama
Even now, my schoolmate always calling me Ama
My campus life change when I prefer my frinds call me Nina
I want to use my childhood name :p
.
.
.
Ok ! stop telling you about my nickname
Now ! I want to tell about today.
What is your nickname?

For those who are falling in love
They always use many nickname for their partner, lovers
Such as sayang, ayang, darling, anje, abang, pa, ma, papa, mama, b short form from hubby right?
My husband la, laki aku la, bini aku la, gewe aku...mak we aku
Wow ! so many la
Pilih je la you all nak guna yang mana.
hihihi

p/s: sorry guys, sekadar nak enjoy2 di kala kepala tengah jammed nak study ni. tiba2 terlintas kat kepala otak nak tulis pasal entry ni. 


Cover Story: Blog of teaching experiences

Cover Story: Blog of teaching experiences

Wednesday, November 9, 2011

MUDAH dan INDAH

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Sahabat yang dirahmati ALLAH S.W.T
Marilah sama2 kita hayati pesanan ini...
Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu kurniaan dari kasih Ilahi

Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita


Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari...
Bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu sebahagiaan dari penyucian diri...
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berada didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari...
Bahawa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang sentiasa ada
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyadari itu sebahagiaan dari cara Allah menyayangi hambanya...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya


Sama-sama kita renungkan & selamat beramal,,~~(,")


Tuesday, November 8, 2011

exam fever

holaaaa....Ops...Assalamualaikum guy
Now.
November coming in our life
Januari, February, march, April, May, June, July, August, September, October left us
but
we can meet again in a next year
ouch !!!
that was out of topic now
what i want to talk about EXAM FEVER now
for those who studying at Institut Pendidikan Guru
they will enter the examination from today, tomorrow and next week
so guys, lets study for get a flying colour in you exam

better study. even you are late, better than never !


exam is about you fill the answer on sheet.
so, to finish up the sheet on you desk while you sitting the examination, please study !

this semester I only have 3 papers to take
PJM3114, PJM3115 and PSK3104.
go..go..chaiyokkkkkkk

-GOOD LUCK to all candidates-
intake IPG all over in Malaysia :)