Tuesday, January 19, 2010

eRti seBuaH pErsaHabAtaN..



Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai - nilainya pudar dibawa arus masa.
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.

Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yg membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta.


aderla untuk nian...

Mimpi semalam masih menjadi igauan
Membawa kepahitan silam
Yang pedih, ngilu, menusuk duka
Aku yang tersepit antara memori duka dan bahagia
Terus diulit derita yang tiada penghujung

Sampai bilakan jalanan ini harus ku tempuhi ?
Hari ini, esok atau bila?
Pedih, pedih......
Aku menangis di bangku tua
Tanpa pujukan mesra
Hanya nista yang ku terima
Aku tidak mengerti
Apa salahku?
Nurani ditikam duri sembilu
Luka dalam yang tiada kesembuhan

Aku mencari sebuah jawapan
Yang belum tentu menjamin satu kepastian
Satu kebahagiaan
Ya Allah, bantulah aku....
Gagahkan kaki ku
Aku perlukan sejalur keikhlasan
Untukku bawa di setiap langkahan
Masa depan yang belum tentu menjamin segaris senyuman.

                                                                                                Ocean...

dugaan2 yg aku lalui beberapa hari nie..

setakat ni ak xd entry lain ak nak citer...sejak msk sem baru nie aku rasakan hidupku berubah..apa tak nyer..sem baru ni jadual waktu berubah betul...mana tak nyer...penat yang terlambat..beban yang aku pikul jugak amatlah berat....antara beban yang aku pikul ni berkenaan setiausaha kerja bagi projek pend luar..ak lah sebagai setiausahanya...kemudian, ahli jawtankuasa blok pulak sbg biro kebajikan dan keceriaan...projek kinabalu sbg naib setiausah pulak...seterusnya, ak libatkan diri dalam biro sukan dan rekreasi under jawatankuasa perwakilan pelajar....berat2...dengan kls dari pagi smapai petang...dng cari dana kelasnye utk buat car wash....kerje2 yg mnyeronokkan...xd masa nak enjoy..kekadang kerja ak tergendala kerana kelas yg bermula darei awal pagi sampai petang..kadang2 malam pun ada kelas jugak...bila badan dah penat buat amali di siang hari, otak dah tak boleh berfungsi di malam hari...


paper work untuk pendidikan luar masih dalam pembikinan...kata putus destinasi tak bagi lagi..pulau perhentian atau pulau redang ni?macam ne aku nak setel apper work nie?cpt buat decision la kwn2 ku sekalian...kalau paper work tak berjalan, mcm ne la nak serah tugas pada biro2 lain...


minggu nie jugak aku buzy ngan meeting mcm2 la...meeting blok and meeting biro sukan n rekreasi...sementelah ader pengambilan baru kpli plak...ak xjoin pon tok riadah..sbb kls ak abis lewat...lagi pun pnegambilan tak de lah ramai pn..juz 1 kls jer...tapi planning tok next week xtetap lagi ni...planning tok gimik masa pelancaran karnival sukan IpkB nie...dengan tu jugak mngu dpn dah start karnival...buzy lagik la jawabnye...


apapun, aku mesti tabah nie..walau apa jua rintanagn yang ada aku harus tempuhi la jugak...semoga semuanya berjalan dengan lancar...

Thursday, January 7, 2010

semEstEr bAru?azam BAru apa?proJek baru?



hahah....dah masuk sem 3 nampaknye....semakin lame , semakin tua usia...2010 merupakan detik baru untuk ak menjangkau usia 21 tahun..tp belum sampai lg...4 mac nnti baru ckp 21 thn...hihihi....sem baru nie utk program Pendidikan luar ak pegang jawatan setiausaha lagik..hihihi..buat kesekian kalinya...mcm biasa kne buat paper work..by t way apa yg merumitkan keadaan ialah ttg peruntukan yg telah ditarik..biasanya nak buat pendidikan luar ada peruntukan, tapi semua hilang begitu shj kerana kegawatan ekonomi la katakan...mcm3 mende nak pikir nak cari duit nie..duit pn bkn leh buat main2...nak pakai byk plak..dgn projek kinabalu lagi..nk cr sponser lagi..byk keje kne buat nie...

lagi satu pikir pasal elaun xmsk lagik...ader elaun pa &ma je la...

pada 6 januari baru nie besday baby a.k.a adik aku yg darjah 3 tue....genap la umur dye 9 tahun...mama kol ak kate doirg wat party tok besday dye...huhuhu..wat ever, epy befday baby...nanti angah bg adiah len x....tngu angah balik la...hahahah