Monday, December 21, 2009

-roUnd2 a.k.a jln2 saje-


cuti kadang2 sesuatu yg mnggembirakan dan kadang kal sesuatu yg membosankan..bila cuti mahu ada kuliah..ble ada kuliah nk cuti pula..inilah manusia ek...haha..apa aku buat masa cuti ek?biasalah g jln2, kenduru kawen..tu je la kejenye...xader keje lain...elain tu tym cuti matlah sesuai ddk umah je..fav ak kalau ddk umah nie apa lagi kalau bkn tgk tv..what kind of movie, drama or anythng yg ak tgk ek"xksh la..aslkan best..dpt jugak hilangkan boring...cuti ak dihabiskan dgn kerja bjln2 bsama family...


mak ngah ngan alia (anak sepupu aku)


pa & ma


azan a.k.a ateh

baba+adik+efa

gAtherIng of clIffoRdian sPm 2006


setelah sekian lama baru aku ada peluang nka jumpe kwn2 lama aku...setelah aku meninggalkan sekolah, aku mengambil peluang nie utk jumpe kwn2 lama ak...walupun xramai sgt..st least lepas jugak rndu kat sekolah n kwn2 ak...antara yg bersama dlm our gathering tu ialah atin, ummi, ieni, key ah, shahira, syaira, farhana, sutina, wahida, fizah, facy, angah, sahaq, nuar, shuk, jan, azim, pudin, syafiq rosly, hana, lilin, afiq (yg byk berubah) n ada la lg nama yg xdisebutkn....gathering tu tok discuss psl our team la....about our batch...sound like inetresting
gak plan yg dirancang...ak plak pegnag jwtn sbg biro apa ek?hurm, biro protokol bersama ngan facy..hahaha....lawak jugak..aku jarang pegang biro protokol nie....at least do my best as a new job...kunag3x....semasa ak g gathering nie ak lepak umah pak ngah ak beberapa hr b4 balik kuantan semula...



ad sapientiam???as long as i can....



makhluk mne yg kandid gambar nie ntah..

xd tmpat lain nak mkn selain kat kfc je la..

nk tangkap gambar ke nak gaduh..ak pn xtaw apa aku buat mase nie..

::+_mase kenduRi kawen kak chIk_+::


hurm, sepanjang cuti nie apa ak buat pe ek?xd apa2 yg best sgt..kenduri, gathering,jln2 ngan family...2 je la keje ak...

firstly, mle2 cuti menjelma pas abis exam ak balik umah la..then, kne balik raub pulak dah..sbb kazen ak kawen...so, aku kne la tlg apa2 yg patut....1st night smpi tu g tdo umah mak su aku a.k.a. ibu ler..pemintaan adik aku tue....keesokan harinya g plak umah mama d
e...sbb byk keje kene buat...aku pn kne ringannya tangan aku nie memberikan bantuan...hahaha..mcm byk je mende ak buat...juz completekan beg2 kertas utk dibagikan kpd tetamu mse majlis perkahwinan jer...hahaha...so,mlm tu tdo kat umah kak chik je la yg bersebelahan umah mama dia...hurm, akka chik beli umah sebelah umah mama dye?org kata rezeki jugak...baru mendirikan rumahtangga daha ad umah..umur kaka chik pulak sebaya dengan along...21/11 adlh majlis akad nikah....then 22/11 plak majlis persandingan la..apa lagi...walau mcm ne pn, mlm ahad tu ak tdo kat umah kak chik, tp esk pagi kne g umah ibu balik sbb nk buat mskn pengantin...tukang2 msk adlh ibu, mama, mak tam n mama(wife ayah kat kechau,lupa la plak nama nyer)....ak tolong setle keje2 yg xrumit
la...sbb nk buat mskn pengantin xpyh complicated sgt mama de kata...so, kitorg sume just wat yg simpe dr biasa...ak tlg buat utk buah2an...my favourite tue...smpi menyelam minum air sbb smbl buat ak mkn la..hahaha.

::+_aku bergambAr ngan adiK2..nk tngu ak kawe xtAw la ble_+::


::+_kandid by adik ya_+::



::+_their hapy day_+::




Tuesday, November 3, 2009

hEpY bufDay Along....

hurm>>aRi nIe GenAp umOr ALong 2009-1986=23 thn....hehehedenGAn UCapan seLamt hari LAhirn semOGA pAnjang uMor dAn dImURAhKAN RezeKi....kALAu Ada rezEki cePat sikiT ALonG nAIk pElAMin..HAhaHA...niE KeK uNtUk ALonG a.K.a mohd zam-zAm zAiLazyE.....

Tuesday, October 20, 2009

adush...kuang3x

hurm...pg td bru sampai dr kuantan....penat xhilang...smpi hostel dah pkul 5.10 a.m. smbg tdo kat ats katilku yg empuk itu...just 4 a while...bgn slt n bersiap nk g HUSM plak...ada seminar sal Pendidikan Kesihatan Seksualiti a.k.a. PKS ...ada 4 slot..so, total sumer ada 4 jam jer.... mujur la slot yg akhir tu best jgak sbb xmengantuk...sbb ak blaja sistem reproduktif lelaki n pempuan...hahaha...then pas abis slot seminar g la melawat makmal anatomi...makmal nie menempatkan rangka2 manusia yg original, saraf2, n ada jgak kepala manusia, kaki n bayi yg masih dlm pranatal....the original human yg dah diawet di dalam cecair n dikeringkan..1st time i seen the original things like datz...melibatkan manusia!kejadian dapat melihat kejadian Tuhan yg satu...lawatan tamat selepas itu. kemudian pulang ke maktab balik seperti biasa. apa lagi memang lapau lebahau la...lepak cafe n mkn lbh krg 1 jam lbh...mcm xbiasa kalau dah lepak cafe mmg selalunya lama. balik kat bilik ada kerje plak kena buat.mentang-mentang AJK blok...huhuhu, aku redha..xkesah pn buat kerja...tp dlm kepala ada lg kerja yg bertimbun nie.AJK Keceriaan n kebersihan tuh...kuangkuangkuang...smpai kul 6 lbh bru setel...baru lah nk slt asar time tue...pas membersihkan diri aku n slt maghrib ari nie...menghadap laptop plak kerana kerja masih menunggu...nak dijadikan cerita pulak aku punya kerja dah setel...printer pulak mencabar kesabaran aku...tak boleh nak print la pulak...terpaksa nak guna printer org la...waiting..waiting n waiting.... lme ag ker...byk lagi dlm kepala aku nie nk pk...byk kerja...bila lah nak setel semuanya???cepatlah...k la...nk bla dah..jumpa lagi...

Sunday, October 11, 2009

Gambar kenangan KLD TUNAS SAMUDERA

::+_the greatest memories in my life_+::
::+_the best presentation dat i had...itulah white watch_+::
::+_white waTch-kak irma, abg syed, am, shah, farah n i...chek ah n dauz iang ke mana ntah_+::

::+_kApAl yG AKu naikI -KLD TUNAS SAMUDERA_+::

::+_Topi_+::



REFLEKSI PELAYARAN KLD TUNAS SAMUDERA

Ini merupakan salah satu refleksi yang telah saya kirimkan kepada arwah Cik 'E' sebelum beliau menghembuskan nafasnya yg terakhir....

Bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan inayahnya dapatlah kami 24 orang peserta KLD Tunas Samudera Voyage 235/09 menamatkan pelayaran kami. Walau bagaimanapun, pada mulanya saya perlu mengikuti program pra pelayaran bagi program yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru ini. Program tersebut telah diketuai oleh En. Zainol Abidin Zakaria selaku ketua jurulatih bagi pra pelayaran yang diadakan selama 4 hari 3 malam dan telah di pantau oleh pegawai dari BPG iaitu pn. Roselina. Aktiviti penuh hanya berlangsung selama 2 hari. Ini kerana pada 14 Februari 2009, para peserta mengambil masa untuk sampai ke destinasi iaitu di Pulau Pangkor. Pada sebelah petang, saya bersama beberapa orang peserta yang telah sampai perlu menjalankan aktiviti riadah. Selepas makan malam, saya juga mengikuti taklimat yang diberikan oleh ketua jurulatih bersama semua peserta yang lain.

Keesokkan harinya iaitu 15 februari 2009, saya menjalani aktiviti ‘water confident’ selepas sarapan pagi. Sejurus selepas itu, saya juga telah diberi pasangan untuk berkayak. Pasangan kayak saya ialah Hafiz dari IPGM Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Perjalanan kayak ini merupakan satu aktiviti berstesen. Apa yang saya maksudkan ialah kami perlu berhenti di beberapa stesen ataupun pulau. Pertama, saya perlu terjun dari jeti. Alangkah gayatnya buat kali pertama untuk terjun ke dalam laut dari tempat yang tinggi. Pengalaman yang cukup bernilai bagi saya. Seterusnya, buat pertama kalinya saya memegang ‘seacucumber’. Seekor binatang yang mempunyai lendir. Habis baju saya disembur dengan sesuatu yang berwarna putih. Pengalaman memegangnya sesuatu yang luar biasa. Dalam hati ada juga perasaan geli bagi saya. Tetapi, tidak mengapa kerana harus mencuba untuk memegangnya. Kemudian, kami pergi ke stesen berikutnya dan saya bersama peserta yang lain makan tengahari di sana dan kemi semua perlu membuat perbincangan tentang ‘cheers’ kumpulan kami iaitu Watch Hijau serta persembahkan kepada jurulatih-jurulatih.

Sekiranya para jurulatih tidak berpuas hati dengan persembahan kami, dendaan dikenakan. Berguling atas pasir dan terjun ke dalam air sesuatu yang menyeronokkan apabila didenda. Selepas pulang dari berkayak, saya juga perlu terjun ke laut dari atas bot dan berenang ke gigi air. Seterusnya ialah 17 Februari2009 merupakan hari pertama saya menjejakan kaki ke KLD Tunas Samudera. Satu perasaan bangga timbul dalam diri saya kerana terpilih untuk menyertai pelayaran Voyage 235/09 ini. sepanjang elayaran yang telah saya tempuhi, saya merupakan seorang ahli kumpulan ‘White Watch”. Kumpulan saya terdiri daripada 4 orang perempuan dan 4 orang lelaki. Pada saya ini adalah ‘watch’ terbaik. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama-sama trainer dan trainees. Setiap watch juga telah diberi Watch Leader masing-masing dan krew kapal yang merupakan Watch Putih adalah ahli keluarga saya juga. Watch Leader kumpulan saya ialah Chif Suhairi atau dikenali juga sebagai GI. Beliau juga ibarat bapa saya ketika di atas kapal. Banyak perkara yang telah saya pelajari daripadanya. Nasihat-nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau saya ambil sebagai pedoman di hari mendatang.

Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang pelayaran ialah belajar tentang ikatan tali, mengenal layar, mengenal tali-tali dan barang, cara-cara menyelamatkan orang yang jatuh di laut, belajar tentang ‘Boatswain’s Call’, damage control and fire fighting dan bertugas sebagai seorang anggota navy. Saya telah belajar ikatan tali serta kegunaannya. Pada awalnya, ikatan tali merupakan sesuatu yang sukar bagi saya. Terdapat beberapa jenis ikatan yang perlu saya belajar contohnya clove hitch, fisherman knot, slips clove hitch, bowline dan lain-lain. Beberapa hari juga saya belajar ikatan tali tersebut. Pada malam sebelum pertandingan saya baru dapat menguasinya dengan berkat usaha serta tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Watch Leader dan ahli White Watch. Akhirnya semasa pertandingan saya memebrikan markah penuh kepada kumpulan saya. Walau bagaimanapun, untuk mengenal tali saya berasa hampa kerana tidak dapat mengumpul markah penuh. Tetapi saya telah berusaha untuk mengenal tali. Bagi mengenal barang, saya telah mendapatkan markah penuh. Hasil tunjuk ajar krew White Watch dan rakan-rakan saya yang lain.

Selain itu, perkara yang saya kenangkan hingga sekarang ialah peluang untuk bertugas seperti seorang navy sebenar. Apa yang telah saya maksudkan ialah saya beserta ahli kumpulan Whita Watch yang lain bertugas sebagai lookout untuk port dan starboard, menjaga radar dan menjadi helmsman di waktu pelayaran. Walau bagaimanapun, jika anchor di tengah laut, saya dan ahli White Watch yang lain bertugas untuk menjaga anchor kapal. Satu pengalaman berharga yang tidak dapat saya lupakan. Di sini saya dapat belajar tentang tanggungjawab selaku navy yang berada di atas kapal. Sebagai lookout, saya perlu mengenal pasti lampu-lampu yang kelihatan semasa bertugas dan melaporkan kepada Officer of the Watch (OOW). Menjaga radar ialah melakarkan pergerakan atau laluan kapal. Helmsman pula ialah menjaga wheel kapal, mengawal pergerakan kapal mengikut giro dan magnitude yang telah diarahkan oleh OOW. Apabila belajar tentang ‘Boatswain’s Call’ ianya mempunyai kegunaan yang tersendiri. Contohnya ialah walkie-walkie adalah untuk mengejutkan anak-anak kapal untuk bangun tidur.

Saya bersama-sama peserta-peserta yang lain dibenarkan untuk pergi ke Jeti Langkawi dengan adanya bantuan angkatan TLDM di Langkawi. Saya dapat membeli belah di sana. Walau bagaimanapun, ketika sampai di Jeti Langkawi, saya telah menelefon keluarga saya di kampung. Alangkah terkejutnya apabila saya mendapat berita tentang adik saya yang berada di Wad ICU kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sewaktu itu saya rasakan bahawa semangat saya untuk meneruskan pelayaran hilang sama sekali. Dengan adanya dorongan dan semangat yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan yang lain beserta krew-krew kapal yang prihatin terhadap masalah yang saya alami ini, semangat saya kembali pulih serta saya dapat meneruskan semua aktiviti yang dijalankan. Training Officer juga membenarkan kami semua beriadah di Tasik Dayang Bunting pada hari sebelum bertolak pulang ke Lumut. Kemudian, saya juga telah menyampaikan sebuah lagu yang berjudul “Sampaikan Salam” pada malam karaoke. Sesuatu yang saya rasakan begitu sukar kerana susah untuk mernyanyi di khalayak ramai.

Saya juga dapat mengenali peserta-peserta yang berlainan latar belakang sepanjang menyertai pelayaran selama tempoh 2 minggu. Selama 2 minggu di pra pelayaran dan pelayaran yang sebenar, mereka menjadi keluarga saya dan diibaratkan kami semua duduk dalam satu bumbung. Tolong-menolong, bekerjasama, berkongsi makanan, minuman adalah perkara biasa bagi kami semua. Saya dapat belajar dan sematkannya dalam diri saya.

Kesimpulannya, saya merasakan pelayaran ini adalah pengalaman yang paling bernilai. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku sepanjang pelayaran ini. inilah yang mengingatkan saya akan motto kumulan White Watch bagi Voyage 235/09 iaitu “Samudera Dibelah, Pengalaman Dipahat”. Setelah pelayaran ini berjaya kami semua redahi dengan menaiki KLD Tunas Samudera, pengalaman yang telah saya timba ini akan tetap terpahat dan menjadi ingatan di hati saya sampai bila-bila. Peluang yang datang sekali tidak akan muncul berkali-kali. Peluang ini sesuatu yang berharga bagi saya. Pengalaman juga merupakan guru yang terbaik bagi diri kita.

KeNanGanTerIndAh bersAma KLD TUNAS SAMUDERA voYage 235/09

Salah satu kenangan yang sentiasa terpahat kat jiwa aku....Pelayaran KLD Tunas Samudera 235/09....jika ada keizinan-Nya, aku ingin sekali dipertemukan sekali lagi dengan rakan-rakan aku semasa pelayaran...bersama-sama crew kapal...banyak kenangan bersama mereka tetap segar di dalam ingatan aku...

PRA PELAYARAN

14 Feb 2009

- bergerak ke Lumut dari maktab masing-masing

- naik feri untuk pergi ke Pulau Pangkor

- petang ~ riadah

- malam ~taklimat LDK

15 Feb 2009

- water confident

- kayak berstesen

- LDK

16 Feb 2009

- jungle trekking

- dinner & karaoke

17 Feb 2009

- tamat pra pelayaran

- masuk kapal

- mengenal layar

18 Feb 2009 hingga 19 Feb 2009

- happy hours

- berlayar

Aktiviti yang dilakukan semasa pelayaran

o belajar tentang layar

o belajar tentang keselamatan di laut

o belajar tentang Boatswain’s Call (7 jenis piping)

o belajar tentang ‘Damage Control and fire fighting

o belajar ikatan tali

o mengenal barang

o duty depends on watch

o adakan pertandingan ikatan tali, mengenal barang, kenal tali n piping

20 Feb 2009

- anchor kat Langkawi

21 Feb 2009

- basuh kapal

- shopping kat Langkawi

22 Feb 2009

- pergi Tasik Dayang Bunting

23 Feb 2009

- gerak balik ke Lumut

24 Feb 2009

- anchor kat Pangkor

- arrange Social Nite

- Majlis Social Nite

25 Feb 2009

- balik pengkalan TLDM

- jalan-jalan di Pernama (jogging)

- presentation untuk moto n logo watch

26 Feb 2009

- majlis penutupan

- pulang ke rumah masing-masing

phYsiCAl eduCatIon n HeaLtH (pj's JuLAi 07 cRew)


inilah gambar aku bersama rakan-rakan aku yang sudah kepenantan selepas amali renang pada 6 oktober 2009....huhuhu






nie la aktiviti aku untuk sem nie.....belajar swimming siot....agak sukar jugak belajar swimming nie....banyak la teknik kene blajar.....semua nak dinilai...poning kepale aku....sekarang pun assignment da byk....nie la muke2 dak2 kls aku mse belajar swimming....huhuhu

encik suhami sedang mengajar teknik-teknik yang betul...tue belum turun kolam lagi tu...kejap lagi turun lah bersama-sama akmi di dalam kolam renang....

masa ni lah akau jadi juru gamabr yang tak bertauliah kerana kaki aku sakit....2 minggu aku tidak turun swimming...aku just tengok orang jer....hurm, biasalah kaki aku sakit macam biasa....tu la pasal....main lagi bola tampar....melompat sikit kaki dah k.o.

balik umah kene bebal dengan papa....'dah tahu kaki sakit main lagi!!!'

aku pun dah paham sangat ayat tue...

aku jadi jurugamabar. so, knelah tangkap gambar sendiri jer....jangan marah ek....hehehehe...kalau tak gambar aku xde...aku nie suka jugak bergambar...

inilah hidup aku semasa semester 2....best betul swimming...xpuas rasanya...sekarang pun dah ujung semester....need to focus about our final exam for this sem....

hurm....ujian amali pun dah siap...alhamdulillah kerana dapat juga aku menghabiskan amali untuk semester ini...aku pun tak sangka boleh jugak aku berenang kerana pada dasarnya aku memang tak reti nak berenang....kini, aku boleh berbangga pada diri aku sendiri kerana aku dan rakan-rakan aku yang lain boleh berenang....

kEnaNgan aku maSa Raya 2009

hari raya sesuatu yang sering kita dinantikan. dah lame btol aku x post something kat sini. aku xd mase lah...nie pn saje meluangkan mase.... hihihi...potret2 indah semase raye....walaupun secara sederhana, tetapi tetap menjadi ingatan di minda aku...

::+_gamBar FamIly_+::

::+_adik aku BerSAma lemang_+::

::+_TerKenanG???_+::

::+_maen bunga api_+::

::+_CORETAN ADIK2 AKU MSE MAEN BUNGA API_+::

AssALamUalIkum...

SalAm satu MaLaysia....hari ini aku cuba mengorak langkah baru untuk membuat blog aku sendiri...sebelum nie aku hanya ada blog yang link bersama friendster sahaja....hurm, sebenarnya aku nie bukanlah rajin sangat nak meng'edit' blog nie....tetapi selepas nie kenalah rajin-rajinkan diri untuk mencuci sisa-sisa yang kurang diperlukan atau aku kena selalu membuat cleaning di blog aku nie...hahaha....