Saturday, January 16, 2016

Alhamdulillah, we are already married couple.

Tanggal 5 Disember 2015
Termeterai satu ikatan baru sebagai suami dan isteri.
Aku bergelar isteri, dia suamiku.
Dari sebagai sahabat sejak bangku sekolah.

Tanggunggjawab baru buat kami berdua.
Alhamdulillah, majlis akad nikah berjalan lancar.

Sebelum akad...

Selepas akd, bacaan taqliq.

Hati berdebar....

 Debar-debar, jantung nak terkeluar...
Family mertua...

Adik-beradik huru-hara

Penyerahan mas kahwin. Tq husband.

Gelang tangan+cincin.

Pembatalan air sembahyang, selepas suami solat.

maluuuu....

Adik-adik ipar yg kembar.

Mak and fatin, familt angkat from Machang.

Hai husband, mata nak pejam, air sembahyang tak kering lagi =)

Kegigihan Si Suami mencari wang kertas lama, nilai RM22.50
Bukan nilai tu, Tp duit tu sgt susah nak cari, Hanya simpanan sebagai koleksi.
Sebab itu letak dlm frame.

Serba sedikit coretan majlis akad nikah, simple dan mudah.
By the way, baju made by with own budget

Complete set, dari zero
Request carikan quality chiffon,
Request like Shya Alyahya design akad nikah, but use all chiffon with lining.

baju kurung moden, request your own detailing or style+shawl+veil
Baju melayu moden+sampin

MYR1250

Instagram = piqaamin
Fb =Ieka Syafiqa   



Friday, July 24, 2015

Syawal 1436 H

Assalamualaikum...

Masih belum terlambat untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'
kepada semua umat Islam.
Hari ini sudah menginjak ke 9 Syawal 1436H
Pejam cellik pejam celik
Masa pantas berlalu

Masih bisa menyambut Aidilfitri bagi tahun ini.
Saat kita rasa gembira, saat kita tersenyum bahagia
Ada air mata mengalir jua.

Syawal pertama bersama keluarga...
riuh rendah suara mereka
sentiasa menceriakan hati
Riuh tawa mereka
Sangat melegakan hati....

Menziarahi pusara papa, atuk, moyang serta sepupuku.
Hiba terus rasa hati,
Sedih kerana mereka dah menghadap ilahi
Bergenang air mata di sebalik kaca mata hitam melekat di pangkal hidung
Sebak memperdengarkan bacaan Yaasin di perkuburan
Mendoakan roh mereka tenang di sana.
4 tahun sudah beraya tanpa seorang bapa...

Al-fatihah disedekahkan buat mereka yang telah pergi.
- Sabri bin Yusof
- Haji Dollah bin Etah
- Mariam
- Kak Long
-Yusof bin Abas
- Nasaruddin bin Yusof
- Muhammad Taufiqqur Rahman b Mohd Azmi
- Radiah bt Haji Dollah
- Rahmat b. haji Halminuddin
- Rushdi b. Haji Halminuddin






Thursday, May 21, 2015

Naskah untukmu...

Naskah di utus bukan untuk menambah derita tetapi hanya ingin berkongsi
cerita.
saat ku ketemu kamu hati resah tidak menentu,jantung berdeyut kencang
umpama genderang ingin berperang,namun tarikkan nafas dalam dapat
menenangkannya.tiap waktu bersapa mesra timbul malu di dalam jiwa,walau
sahabat gelaran ketika,namun hati resah ingin sesuatu.hari silih
berganti,tahun memakan tahun sahabat itu tetap di hati,walau jiwa ada ratu
di hati namun raja masih menanti.
pada ketika ratu meninggal pergi,hati resah tidak menentu,sahabat tetap di
dalam hati namun takut meluah isi.
pada ilahi di serahkan segala2nya,titipan doa tidak dihenti,syukur pada
ilahi sahabat datang mengganti pergi.
namun hati takot menyakiti hati,ikatan ikhlas terus diberi.
kini sahabat bukan hanya sahabat,namun sinar menerangi hati.

hati,yang tersimpan segala rasa dan naluri
mampu membahagi dan mampu menderita
ketika hati dibuka untuk berkongsi rasa
bahagia di kecap tidak terhingga
disulam syukur pada ilahi rasa diberi tidak terperi.


apa yang diluahkan adalah isi hati.

Saturday, May 16, 2015

Teacher's Day vs Israk dan Mikraj

Assalamualaikum...

6th May 2015 - Happy teacher's day to all teachers in the world. Biarpun kini sudah bergelar guru, jasa guru di bangku sekolah dan Institut Pendidikan Guru tetap dikenang hingga kini. Tanpa guru siapalah aku. Masih panjang perjalanan sebagai pendidik.

--> Tadika Kemas (F) Sungai Koyan 3 (1994-1995)
--> SK (LKTP) Felda Sungai Koyan (1996-1998 dan 2001)
--> SK (LKTP) Felda Tersang 3 (1999-2000)
--> SMK Clifford, Kuala Lipis (2002-2006)
--> IPG Kampus Kota Bharu (2007-2012)
--> SK Merbau, Miri ( 2013 hingga kini - tempat menabur bakti)

27 Rejab - Selamat menyambut israk dan mikraj buat seluruh umat Islam.

| kronologi Isra' dan mikraj | - ihsan Mr. Google.
.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)
wallahualam...

Saturday, May 9, 2015

Selamat hari ibu.

"There is no perfect way to be a good mother. Each situation is unique. Each mother has different challenge, different skills and abilities, and certainly different children. What matters is that mother loves her children deeply."
Terima kasih atas bebelan dari kecil hingga dewasa.
Terima kasih kerana menghidangkan masakan2 yang enak.
Terima kasih kerana menjahit baju2 dari kecil.
Terima kasih atas segala peluh dan keringat membesarkan anakmu.
Terima kasih atas segala pengorbanan yang ditaburkan.
Terima kasih kerana menjadi pendengar ketika ada masalah.
Terima kasih kerana mama seorang ibu yang kuat semangatnya.
Terima kasih kerana menjadi seorang sahabat.
Love you mama, Norizam binti Haji Dollah.

10th May 2015, Sunday.

Friday, May 8, 2015

#throwback Karnival Ko Akademik

Alhamdulillah...

Senyum tidak terhingga setelah rumah sukan dinobatkan sebagai juara keseluruhan Karnival Ko Akademik SK Merbau kali ke-11. Syukur ke hadrat ilahi dengan izinnnya pengalaman yang tidak seberapa ini mampu membawa rumah Bestari sebagai juara. Tahun lepas hanya juara untuk Kejohanan Balapan dan Padang serta mampu menyandang juara keseluruhan sepanjang tahun. tetapi, kali ini Ko Akademik kamilah JUARA.
 .........................................
................
Tahun ke-2 memegang jawatan manager rumah sukan.
Rumah Bestari
Hijau Pasti Memukau


Thousands miles...

Dear fiance, 

Walau terpisah seribu batu,
Hati yang berpaut tetap mekar di situ,
Walau kau jauh dari hidupku.